May 14
Antivir AviraAntivir Avira
Software anti-virus percuma! Ringan dan boleh dipercayai. Lebih meyakinkan, baru-baru ini saya download satu versi map MFM di Malfreemaps.com (Contributer MFM tidak bertujuan untuk menyebarkan virus berkenaan), ramai downloader yang menggunakan Avira termasuk saya menerima detection virus jenis TR/Crypt.ZPACK.Gen tetapi tiada detection dari pengguna-pengguna antivirus lain seperti AVG, Kaspersky, Norton dan lain-lain. 

spybot sdSpyBot S&D
Anti-trojan software yang sangat berguna untuk membuang segala jenis trojan di PC. Trojan selalunya melembabkan PC anda dan sesetengah trojan tidak mempunyai sebarang symptom-symptom jelas dan membuka pintu security PC anda untuk membolehkan PC anda diceroboh masuk dengan mudah tanpa disedari.

lavasoft ad-awareLavasoft Ad-Aware
Sama seperti Spybot iaitu berfungsi sebagai anti-trojan tetapi dengan kombinasi kedua-dua software ini, kebarangkalian untuk mengesan trojan adalah lebih tinggi dan berkesan. Cara pemakaian sangat mudah yang penting updatelah selalu, jika rajin buatlah scanning sekali seminggu, kalau malas seperti saya sebulan sekali pun boleh. Anda akan rasakan bezanya pc anda tanpa trojan, lebih laju lebih mengancam. 

xnview image viewerXnView Image Viewer
Sebuah software percuma untuk view, quick edit dan browse foto dan imej di dalam PC anda. Ringan dan mudah digunakan. Boleh digunakan untuk Batch Processing (Pemprosesan / pengubahsuaian gambar secara lambak) seperti resize, rename, sharpen, blur dan lain. Video-video dari kamera juga boleh dimainkan tanpa menggunakan applikasi lain.


gadwin printscreenGadwin Print Screen
Dengan Gadwin Print Screen anda tidak perlu membuka image editor untuk paste dan savekan screenshot anda. Dengan sedikit konfigurasi, output boleh dibuat secara terus ke dalam folder dengan format-format jpg, gif, bmp dan sebagainya. Automatik shadow border boleh didapati di dalam setting freeware ini.


gimpGIMP (GNU Image Manipulation Program)
Alternatif kepada Adobe Photoshop, sebuah applikasi memanupulasi imej percuma dan ringan. Fungsi layer seperti Photoshop juga membuatkan penggunaan GIMP disukai ramai. Namun penggunaan butang shortcut dan interfacenya agak berbeza dari Photoshop memerlukan sedikit masa untuk memahaminya.

mozilla firefoxMozilla Firefox
Seperti artikel saya sebelum ini, Firefox adalah sebuah browser yang sangat reliable dan seronok digunakan. Security amat bagus, trojan tidak mudah masuk ke dalam PC anda sesuka hati berbanding Internet Explorer. Sekiranya anda memakai anti-trojan, anda pasti dapat bezakan bagaimana sedikitnya trojan terlepas ke dalam PC anda dengan menggunakan Mozilla Firefox berbanding IE. Tidak bercadang untuk review panjang di sini kerana kehebatannya memang sudah diketahui ramai.

wordwebWordWeb Dictionary
Dictionary berbahasa Inggeris di dalam PC anda. Disiapkan dengan voice pronounciation, synonim, acronym dan lain-lain. Applikasi ini juga didatangkan dengan setting pelbagai jenis English seperti British, American, International, Asia dan lain-lain.


revo uninstallerRevo Uninstaller
Sebuah aplikasi uninstaller dengan ciri-ciri interface yang mudah dan memberikan aktiviti uninstall anda lebih bersih. Dengan Revo Uninstaller, anda boleh mengawal bagaimana proses uninstall ingin dibuat seperti membersihkan registry dan folder program yang ingin di-uninstall-kan.

PrimoPDFPrimoPDF
Ingin menghasilkan PDF file? Dengan PrimoPDF anda boleh menghasilkan PDF file dari mana-mana program yang terdapat print feature seperti Microsoft Word, browser dan lain-lain. Dengan menekan print dari mana-mana program yang anda gunakan, PrimoPDF akan menghasilkan PDF file untuk anda dengan cepat dan senang.

Ditulis oleh admin

Apr 13
thumb_ejawinet.png Ejawi.net adalah laman web yang dapat menukarkan tulisan rumi kepada tulisan jawi. Anda hanya perlu taipkan ayat pada ruang yang disediakan, dan tekan butang Convert. Tulisan jawi akan dipaparkan, dan anda boleh salin teks tersebut seperti biasa.

Ditulis oleh admin

Apr 02
Pernahkah kekadang ada rakan yang cuba copy atau cut fail dari hard disk kompter anda tetapi anda tidak mengetahui perkara tersebut? Barangkali fail itu cukup peribadi untuk dikongsikan bersama orang lain. Sebenarnya anda boleh protect hard disk anda untuk dicopy ke flash disk dengan cara berikut:
1. masuk RUN > Taip REGEDIT > OK
2. Cari —> HKEY_LOCALMACHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Control
3. Di folder CONTROL, Klik -> Edit > New > Key
Namakan folder baru itu —> “StorageDevicePolicies”
4. Pada folder “StorageDevicePolicies”, klik Edit>New>Dword (32-bit)
5. Namakan : “WriteProtect”
6. Klik 2x Key WriteProtect-nya, ganti Value Data jadi 1
7. Restart.
8. Selamat mencuba.
clip_image001.jpg

Ditulis oleh admin

Apr 01
flashdisk.jpgVirus hari ini secara umumnya tersebar melalui dua cara, secara online dan offline. Secara offline, virus akan memanfaatkan tempat penyimpanan yang mudah dibawa. Mungkin dulunya floppy merupakan media yang paling banyak digunakan, tetapi sekarang flash disk adalah sasaran utama. Dengan kapasiti yang semakin besar dan harga yang semakin murah, media penyimpanan tersebut semakin digemari.
 
Seiring dengan makin meluasnya penggunaan flash disk penyebaran virus dengan mekanisme offline juga makin tinggi. Para pembuat virus semakin kreatif mencipta virus dengan trik-trik tertentu untuk mempercepat penyebaran virus yang mereka buat.

Pada awalnya virus dicipta, ianya menyimpan fail berupa program virus ke tempat penyimpanan, jadi setiap kali menghubungkan flash disk ke komputer yang tercemar, virus akan memindahkan folder/file virus ke flash disk tersebut tanpa diketahui pemilik. Trik ini lambat laun menjadi mudah dikesan oleh perisian antivirus dan fail yang mencurigakan tersebut dengan mudah dihapus.

Kemudian muncul teknik social engineering di mana virus yang dimasukkan ke flash disk menjadi lebih sukar dikenali dengan meniru/membuat fail dan folder yang sama dengan yang sudah ada sebelumnya dan menyembunyikan fail asli ataupun dengan membuat fail atau folder dengan nama-nama yang menarik perhatian pengguna, semua itu dilakukan dengan harapan agar pengguna mengklik file/ folder tersebut dan akhirnya virus teraktif dan masuk ke dalam komputer lain.

Cara penyebaran virus yang sekarang ini sedang booming adalah dengan memanfaatkan fitur Autorun yang ada pada sistem operasi Windows. Fitur ini sebenarnya sangat memudahkan kita yang ingin langsung membuka/memainkan file yang ada di media penyimpanan dengan segera. Tetapi para pembuat virus melihat fitur ini sebagai jalan tercepat untuk membantu penyebaran virus. Dengan menanamkan virus beserta file AUTORUN.inf yang sudah ditulis untuk menjalankan fail virus di root directory flash disk, setiap kali pengguna menghubungkan flash disk ke komputer yang fitur Autorun-nya aktif, secara automatik virus diaktifkan.

Untuk melakukan pencegahan virus menyebar dengan bantuan fitur Autorun, kini Anda tidak perlu bersusah hati lagi, seperti melakukan langkah-langkah pengaturan yang panjang dan berisiko. Berkat aplikasi portable dari perusahaan antivirus PandaSecurity, Anda mampu melakukan scanning terhadap tempat penyimpanan berkoneksi USB, seperti Flash Disk dalam beberapa kali klik saja.
Baca lagi ...

Ditulis oleh admin

Mar 26
optikmouse.jpgMouse optik, mungkin sudah banyak pengguna komputer yang sudah menggunakan benda kecil ini. Namun, tahukah Anda bahwa mouse optik dapat memberikan efek sampingan kepada penggunanya?

Kira-kira semenjak tiga tahun setelah dilancarkan mouse optik pertama oleh Microsoft, telah dikenalpasti bahawa terdapat ribuan radiasi yang dipancarkan oleh mouse optik ke permukaan tangan. Mouse optik bekerja dengan memancarkan gelombang elektromagnetik frekuensi tinggi ke permukaan di bawahnya. Frekuensi yang digunakan lebih tinggi daripada handphone.

Mungkin sudah banyak pengguna yang mengetahui, bahawa telapak tangan dan kaki merupakan pusat hujung syaraf tubuh. Oleh itu, radiasi dari mouse yang dirasakan di telapak tangan dapat mempengaruhi kesihatan pengguna. Menurut pengamatan dari badan kesihatan dunia, WHO, radiasi dari mouse setara 5 kali radiasi handphone, dan akan lebih berbahaya jika mouse optik dipegang terus-menerus oleh pengguna komputer.

Untuk produk mouse optik berkualiti rendah, pengaruh radiasi elektromagnetik akan lebih terasa. Bagi produk yang bagus telah menggunakan pelindung (shield) di mouse optik bagi guna melindungi pergelangan tangan. Oleh kerana adanya bahaya yang cukup mengkhawatirkan ini, WHO, GreenPeace, dan CNN sudah menghentikan penggunaan optical mouse untuk seluruh kegiatan di pejabat mereka. Sementara untuk Microsoft dan IBM telah saling bekerja sama untuk pembuatan pointer device yang lebih selamat, dengan dana sekitar $2 juta.

Untuk itu, pengguna dapat mulai membiasakan menggunakan mouse hanya ketika diperlukan, dan mungkin dapat lebih berlatih menggunakan shortcut keyboard, seperti “Ctrl-V” untuk paste, dan sebagainya.

Ditulis oleh admin

Mar 26
screenshot.jpgJika sebelum ini Pengguna GMail dapat berchatting tulisan sahaja tetapi kini mereka dapat bersidang video sesama mereka dengan menginstall perisian Video and Chat Video. Dengan kualiti suara dan gambar yang jelas, tidak hairanlah GMail telah dinobatkan sebagai syarikat penyedia e-mel terbaik dunia. Apa yang diperlukan adalah webcam dan install perisian Video and Chat ini. Klik disini untuk install.

Ditulis oleh admin

Mar 25
officeonline.jpgPengguna MS Office boleh dapatkan templates percuma daripada Microsoft Office online. Templates yang disediakan memudahkan kita menghasilkan sesuatu projek antaranya brosur, flyer, kalendar, invois dan banyak lagi yang dapat kita teroka mengikut keperluan sendiri. Kepada pengguna yang kreatif tu boleh la ubahsuai ikut suka hati sesedap rasa mata memandang templates yang diberikan. Kalau tak ubahsuai pun dah kira cantik dah templates yang diberikan percuma ini. Klik Microsoft Office Templates Home Pages Online

Ditulis oleh admin

Mar 19
game1.jpgMain game adalah salah satu aktiviti yang terlalu ramai orang habiskan masa di depan komputer, baik untuk mengisi waktu terluang atau sekadar untuk “menyegarkan” otak. Berbagai game yang dimainkan. Mulai game yang ringan sampai game “berat” yang benar-benar memerlukan pemikiran dan spesifikasi hardware komputer yang tinggi. Kalau Anda suka dengan game-game ringan, kunjungi GameTop.com. GameTop.com menyediakan puluhan game yang dapat didownload secara percuma. Ada banyak kategori game yang boleh dipilih, misalnya arcade, racing, action, shooting, puzzle, dsb. Game tersebut rata-rata mempunyai ukuran yang relatif kecil, mulai dari 5 Mb sampai 20an Mb sehingga akan memudahkan anda untuk mendownload.

Ditulis oleh admin

Mar 15
cutie_dmx_mare.gifDriverMax hanya untuk pengguna Windows XP dan Windows Vista sahaja. Perisian ini membantu kita mengesan dan memuat turun driver terkini perkakasan di dalam sesebuah komputer. Dalam situasi bilamana anda kehilangan driver, inilah perisian yang amat berguna untuk anda install. Jadi selepas menggunakan perisian ini, anda tidak perlu lagi pening kepala mencari driver yang hilang selepas install semula Windows. Untuk muat turun sila klik kat sini.
Baca lagi ...

Ditulis oleh admin

Mar 13
Adobe Presenter mampu membina fail flash daripada MS Powerpoint. Ramai dikalangan pendidik mahir menggunakan powerpoint tetapi amat kurang yang mahir dengan flash. Inilah peluang kepada warga pendidik membina alat bantuan mengajar yang hebat. Khabarnya perisian ini diberikan percuma kepada guru ppsmi fasa 6. Betul ke? Kalau ya, amatlah rugi kita tidak menggunakan perisian ini. Boleh buat soalan interaktif tu .... dan bermacam lagi. Kalau tak percaya, tonton video ini.


Ditulis oleh admin

Go to page       >>